Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2020

UNIT 9: HARGAI ALAM WARISAN KITA

Apa khabar murid tingkatan 2 SMKUS? Saya harap semuanya sihat. Baiklah hari ini kamu akan belajar Pendidikan Moral dalam unit 9 ( muka surat 101 pada buku teks pendidikan moral tingkatan 2). Murid diminta untuk membacanya dan cuba untuk fahami. Selain membuat pembacaan dalam buku teks, murid boleh merujuk sumber daripada internet. Muka surat 101 - buku teks Pendidikan Moral T.2 Setelah murid melakukan pembacaan pada unit 9, murid diminta untuk menjawab tugasan yang disediakan dengan memilih salah satu kaedah untuk menghantar tugasan. SOALAN: 1. Apakah peranan anda dan masyarakat dalam melindungi alam sekitar? 2. Apakah langkah badan kerajaan dalam melindungi alam sekitar? 3. Nyatakan badan bukan kerajaan yang menyumbang dalam melindungi alam sekitar? 4. Apakah nilai yang boleh diterapakan dalam diri anda dalam menjaga alam sekitar? Kaedah menghantar tugasan (Pilih salah satu): 1. Buat dalam buku latihan (Hantar gambar ke whatsapp sebagai bukti) 👉 WHATSAPP ...

UNIT 8: PERKHIDMATAN AWAM PEMANGKIN PEBANGUNAN NEGARA

Apa khabar murid tingkatan 2 SMKUS? Saya harap semuanya sihat. Baiklah hari ini kamu akan belajar Pendidikan Moral dalam unit 8 (muka surat 87 pada buku teks pendidikan moral tingkatan 2). Murid diminta untuk membacanya dan cuba untuk fahami. Selain membuat pembacaan dalam buku teks, murid boleh merujuk sumber daripada internet.  Setelah murid melakukan pembacaan pada unit 8, murid diminta untuk menjawab tugasan yang disediakan dengan memilih salah satu kaedah untuk menghantar tugasan. SOALAN: 1. Nyatakan angensi perkhidmatan awam yang terdapat di Malaysia? 2. Apakah kepentingan agensi perkhidmatan awam kepada masyarakat? 3. Apakah cara menghargai agensi perkhidmatan awam? 4. Nyatakan peranan bagi agensi berikut; JABATAN BOMBA PENYELAMAT MALAYSIA  JABATAN PENERANGAN MALAYSIA Kaedah menghantar tugasan (Pilih salah satu): 1. Buat dalam buku latihan (Hantar gambar ke whatsapp sebagai bukti) 👉 WHATSAPP 2. TUGASAN ONLINE 👉 KLIK TUGASAN ONLINE...

Unit 7: Masyarakat Penyayang Tonggak Aspirasi Negara

Selamat pagi. Bertemu lagi dengan saya. Hari ini kita akan mempelajari berkaitan dengan Unit: 7 Masyarakat Penyayang Tonggak Aspirasi Negara. Sebelum itu sila pastikan kamu sudah menyediakan buku teks Pendidikan Moral Tingkatan 2. Buka muka surat 73 kemudian baca dan fahami serta rujuk bahan-bahan daripada internet atau buku rujukan lain. Setelah itu, murid diminta menjawab soalan dalam buku teks Pendidikan Moral yang terdapat pada muka surat 77. Kaedah menghantar tugasan (Pilih salah satu kaedah yang kamu rasa TERBAIK 🌝🌝): 1. Buat dalam buku latihan (hantar gambar ke wathaspp sebagai bukti) 👉 HANTAR KE WHATSAPP 2. Jawab tugasan online ke link ini 👉 TUGASAN ONLINE Isi kehadiran kelas anda disini 👉 KEHADIRAN 15/4/2020 BUKU TEKS DIGITAL 👉 KLIK Terima kasih....... Jumpa lagi

Pendidikan Moral - Unit 6: Jiran Sepakat Membawa Berkat

Apa khabar murid tingkatan 2 SMKUS? Saya harap kamu berada dalam kedaan yang sihat. Baiklah hari ini kita akan belajar subjek Pendidikan Moral dalam unit 6 iaitu jiran sepakat membawa berkat . Sebelum kamu menjawab tugasan online yang saya berikan nanti, murid diminta buka muka surat 59 dalam buku teks Pendidikan Moral tingkatan 2. Murid-murid boleh merujuk pada buku rujukan atau sumber daripada internet. Dalam bab ini kamu akan belajar: 1. Konsep kejiranan 2. Manfaat hidup berjiran 3. Sikap jiran yang positif dan negatif 4. Cara merapatakan hubungan sesama jiran 5. Perasaan apabila hidup berjiran 6. Hidup berjiran dalam masayarakat pelabagai agama, bangsa, budaya dan bahasa. Semua orang mempunyai jiran. Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan atau berhampiran dengan rumah kita, tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya. Jiran kita juga boleh terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Iban dan lain-lain. Apabila hidup berjiran, ...