Skip to main content

Pendidikan Moral - Unit 6: Jiran Sepakat Membawa Berkat

Apa khabar murid tingkatan 2 SMKUS? Saya harap kamu berada dalam kedaan yang sihat. Baiklah hari ini kita akan belajar subjek Pendidikan Moral dalam unit 6 iaitu jiran sepakat membawa berkat. Sebelum kamu menjawab tugasan online yang saya berikan nanti, murid diminta buka muka surat 59 dalam buku teks Pendidikan Moral tingkatan 2. Murid-murid boleh merujuk pada buku rujukan atau sumber daripada internet.

Dalam bab ini kamu akan belajar:
1. Konsep kejiranan
2. Manfaat hidup berjiran
3. Sikap jiran yang positif dan negatif
4. Cara merapatakan hubungan sesama jiran
5. Perasaan apabila hidup berjiran
6. Hidup berjiran dalam masayarakat pelabagai agama, bangsa, budaya dan bahasa.

Semua orang mempunyai jiran. Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan atau berhampiran dengan rumah kita, tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya. Jiran kita juga boleh terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Iban dan lain-lain. Apabila hidup berjiran, kita mestilah saling menghormati dan saling membantu. Hal ini dapat memberikan manfaat kepada diri dan penduduk setempat demi kebaikan semua.

Dalam hidup berjiran, terdapat jiran yang bersikap positif dan jiran yang bersikap negatif. Kedua-dua sikap ini boleh memberikan kesan baik atau buruk kepada diri kita dan keluarga. Jiran yang bersikap positif akan menjadikan kita bersyukur, gembira dan selesa tinggal berdekatan dengannya. Jiran yang bersikap negatif pula akan menyebabkan kita berasa tidak selesa dan tidak gembira. Walau apa-apa pun, kita mestilah menghormati jiran dan saling bertoleransi untuk menjaga perasaan mereka. Kita juga hendaklah menjadi jiran yang beradab sopan dan berbudi pekerti mulia untuk mengekalkan suasana harmoni.

Memandangkan hidup berjiran begitu penting dalam kehidupan, kita hendaklah berusaha untuk mengeratkan hubungan dengan mereka. Terdapat pelbagai cara untuk merapatkan hubungan sesama jiran.

Oleh itu, kita perlulah bersama-sama menjaga hubungan dengan jiran tanpa mengira agama, kaum, budaya dan bahasa. Hubungan baik dengan jiran boleh dikekalkan apabila kita mengamalkan nilai kerjasama, hormat, toleransi, hemah tinggi dan berterima kasih sesama jiran. Dengan menjadi jiran yang baik, hidup akan lebih ceria, aman dan bahagia.

Setalah kamu membuat pembacaan pada buku teks dan membuat bacaan daripada internet, murid diminta untuk menyiapkan tugasan online.

Klik 👉 Tugasan Online - Unit 6: Jiran Sepakat Membawa Berkat untuk menjawab tugasan obline.


TERIMA KASIH..... JUMPA LAGI

Comments

Popular posts from this blog

UNIT 8: PERKHIDMATAN AWAM PEMANGKIN PEBANGUNAN NEGARA

Apa khabar murid tingkatan 2 SMKUS? Saya harap semuanya sihat. Baiklah hari ini kamu akan belajar Pendidikan Moral dalam unit 8 (muka surat 87 pada buku teks pendidikan moral tingkatan 2). Murid diminta untuk membacanya dan cuba untuk fahami. Selain membuat pembacaan dalam buku teks, murid boleh merujuk sumber daripada internet.  Setelah murid melakukan pembacaan pada unit 8, murid diminta untuk menjawab tugasan yang disediakan dengan memilih salah satu kaedah untuk menghantar tugasan. SOALAN: 1. Nyatakan angensi perkhidmatan awam yang terdapat di Malaysia? 2. Apakah kepentingan agensi perkhidmatan awam kepada masyarakat? 3. Apakah cara menghargai agensi perkhidmatan awam? 4. Nyatakan peranan bagi agensi berikut; JABATAN BOMBA PENYELAMAT MALAYSIA  JABATAN PENERANGAN MALAYSIA Kaedah menghantar tugasan (Pilih salah satu): 1. Buat dalam buku latihan (Hantar gambar ke whatsapp sebagai bukti) 👉 WHATSAPP 2. TUGASAN ONLINE 👉 KLIK TUGASAN ONLINE...